NADI KIDVENTURE – WEBINAR BIJAK KEWANGAN

5 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 05 April 2026, telah berlangsung Program NADI Kidventure secara atas talian. Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 3:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NAD) Kampung Surau.

Program NADI Kidventure pada minggu ini adalah “Webinar Bijak Kewangan”. Dalam kelas tersebut, tenaga pengajar menerangkan topik hari ini iaitu memahami wang dan bajet, harga dan keuntungan dan perancangan mini untuk perniagaan. Selain itu, peserta turut diberi penerangan mengenai kenapa kita perlu bijak urus duit iaitu capai impian, elak rugi dan rasa gembira. Seterusnya, cikgu menerangkan apa itu duit masuk dan duit keluar, perlu ingat duit masuk patut lebih besar dan berat daripada duit keluar.

Dengan adanya program pembelajaran usahawan ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali